Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Matthews menang, Froome rampas jersi kuning

    RODEZ, Perancis, 16 Julai – Michael Matthews dari Australia memenangi peringkat ke-14 Tour de France semalam ketika Chris Froome merampas kembali jersi kuning dari Fabio Aru.

    Matthews menang selesa di depan juara Olimpik, Greg Van Avermaet dalam penyudah pendakian sukar bagi persaingan peringkat sejauh 181.5km dari Blagnac ke Rodez, dengan Edvald Boasson Hagen dari Norway di tangga ketiga.

    “Banyak perancangan dilakukan bagi hari tersebut, bukan hanya beberapa minggu atau bulan perancangan, untuk menghasilkan kemenangan seperti itu dari seluruh pasukan saya,” kata Matthews.

    “Saya menyasarkan peringkat ini dari awal tahun, saya meningkatkan usaha saya sekitar penyudah itu dan ia menjadi kenyataan.”

    Aru terperangkap dalam peloton ketika jurang mula muncul dalam di penghujung perlumbaan, membolehkan juara Froome untuk merampas semula jersi yang dilepaskannya kepada penunggang Itali itu pada Khamis lalu.

    Michael Matthews meraikan kemenangannya ketika melintasi garisan penamat untuk memenangi peringkat ke-14 Tour de France. - AP
    Michael Matthews meraikan kemenangannya ketika melintasi garisan penamat untuk memenangi peringkat ke-14 Tour de France. – AP

    “Ia adalah hari yang menarik hari ini, saya tidak fikir saya boleh mendapatkan kembali jersi itu pada peringkat seperti ini,” jelas Froome dengan senyuman.

    Dalam penyudah seperti ini, kedudukan adalah penting dan Aru gagal untuk meletakkan dirinya di depan peloton dalam 10km terakhir. Namun Froome berjaya, dan berada di kedudukan yang tepat apabila pecutan bagi barisan itu bermula dalam 600meter terakhir.

    Penunggang dari Britain itu menamatkan di tangga ketujuh, hanya satu saat di belakang Matthews, sementara Aru di tempat ke-30, ketinggalan 25 saat di belakang.

    Froome sekarang mendahului perlumbaan dengan 18 saat dari Aru dengan Romain Bardet di tempat ketiga dengan 23 saat setelah kehilangan empat saat kepada Froome dalam penamat, walaupun berjaya mendapatkan dua saat dengan jersi kuning.

    Dari pesaing keseluruhannya, hanya Rigoberto Uran dan Dan Martin kekal dengan Froome. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda