Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Mauna Loa muntah lahar

    HONOLULU, 29 NOV – Gunung berapi aktif terbesar dunia memuntahkan lahar dan kepulan abu semalam, dengan penduduk di Big Island, Hawaii diberi amaran untuk bersedia menghadapi kemungkinan terpaksa berpindah.

    Letusan Mauna Loa tidak mengancam bandar berkenaan buat masa ini, namun pihak berkuasa meminta penduduk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan terburuk. Kali terakhir gunung berapi itu meletus adalah 38 tahun lalu.

    Jabatan Geologi Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa letusan dijangka dinamik dan lokasi serta pergerakan lahar boleh berubah dengan pantas.

    Penduduk lama di Big Island, Bobby Camara, yang tinggal di Kampung Gunung Berapi, menegaskan semua penduduk perlu sentiasa waspada dan mengikuti perkembangan aktiviti gunung berapi itu.

    Peringatan itu adalah berdasarkan pengalamannya yang pernah melihat Mauna Loa meletus sebanyak tiga kali sepanjang hayatnya.

    Pemilik galeri seni di Kamuela, Gunner Mench pula berkongsi pengalaman pada malam berkenaan, apabila dia terjaga selepas tengah malam dan melihat nota amaran di telefon bimbitnya.

    Mench dan isterinya kemudian keluar dari kediaman untuk merakamkan aliran lahar berwarna merah di pulau itu dan melihat ia bergerak menuruni sisi gunung berapi berkenaan.

    “Sekarang ini ia nampak mengagumkan, namun kebimbangannya adalah jika ia bergerak menuju ke arah kawasan berpenduduk,” katanya. – AP

    Lahar kelihatan mengalir turun dari kawah kemuncak Mauna Loa di Kawasan Rekreasi Gilbert Kahele di Maunakea, Hawaii. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...