Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mauricio Funes dijatuhi hukuman penjara 14 tahun

    MOSCOW, 30 MEI – Bekas Presiden El Salvador, Mauricio Funes dijatuhi hukuman penjara 14 tahun kerana berurusan dengan kumpulan samseng semasa pentadbirannya, kata Peguam Negara El Salvador semalam, lapor Sputnik.

    “Bekas Presiden Mauricio Funes telah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan bekas menteri Keselamatan dan Keadilan Awam, David Munguia Payes, dihukum penjara 18 tahun. Peguam Negara mengemukakan banyak bukti yang membuktikan kesalahan bekas pegawai itu,” memetik kenyataan yang disiarkan di Twitter.

    Peguam Negara, Rodolfo Delgado berkata, dua bekas pegawai itu yang sepatutnya melindungi rakyat Salvador tetapi sebaliknya “menjual nyawa mereka sebagai pertukaran untuk bantuan pilihan raya, bertindak sebagai ahli kumpulan.”

    Mauricio Funes didapati bersalah terlibat dengan kumpulan haram dan salah guna kuasa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda