LONDON, 30 MEI – Chelsea telah melantik Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu mereka kelmarin ketika pengurus Argentina itu menerima tugas berat untuk memulihkan kelab Liga Perdana yang bermasalah itu.
Pochettino bersetuju dengan kontrak selama dua tahun dengan pilihan tambahan setahun dan akan kembali ke Liga Perdana setelah empat tahun selepas dipecat oleh saingan Chelsea di London, Tottenham.
Pengurus berusia 51 tahun itu telah tidak bekerja sejak dipecat oleh Paris Saint-Germain pada Julai 2022. – AFP