Saturday, May 10, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maut akibat kepanasan

    MADRID, 28 JUN – Seorang pekerja penuaian berusia 17 tahun telah meninggal dunia akibat strok haba di Sepanyol, kata pihak berkuasa tempatan, dalam kematian pertama berhubung gelombang haba teruk yang sedang melanda Sepanyol dan sebahagian besar kawasan Eropah.

    Remaja itu tiba-tiba berasa pening dan mandi dalam kolam renang namun mengalami konvulsi apabila dia keluar dan terus rebah, kata kerajaan serantau Andalusia di selatan Sepanyol. Dia dikejarkan ke wad kecemasan di bandar Cordoba, di mana ‘dia meninggal dunia selepas menjalani urut kardium,’ katanya dalam satu kenyataan. Sepanyol sedang mengalami gelombang haba dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius dan ke atas di kebanyakan kawasan negara, yang dijangka berterusan sehingga lewat esok.

    Daripada 50 wilayah Sepanyol, 34 telah mengeluarkan amaran kebakaran, terutamanya di Catalonia, di mana perkhidmatan bomba sedang bergelut untuk memadamkan kebakaran yang telah pun membakar 6,500 hektar ladang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda