NEW YORK, 22 NOV – Sebuah kenderaan SUV merempuh kedai Apple di pinggir bandar Boston semalam, membunuh seorang individu dan mencedera 16 yang lain dalam insiden ‘yang tidak dapat dibayangkan,’ kata pegawai.
Kereta itu melanggar ‘beberapa’ orang selepas merempuh bahagian depan kedai berkaca di bandar Hingham, Massachusetts, kata Peguam Daerah Plymouth, Tim Cruz.
Pendakwa tidak berkata sama ada kejadian itu merupakan satu kemalangan atau sengaja, hanya memberitahu siasatan masih diteruskan. – AFP
