Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maut gara-gara bermain secara melampau

    SEORANG pemain video dalam talian berusia 20 tahun meninggal dunia akibat bermain permainan dalam talian selama sembilan jam secara terus menerus setiap malam baru-baru ini dan ketagihan ke atas permainan video yang hangat diperdebatkan itu.

    ‘Lonely King’ adalah salah seorang pemain paling berjaya dalam ‘King of Glory’, sebuah permainan mudah alih yang mempunyai 200 juta pemain aktif secara bulanan. Pemain berusia 20 tahun itu dilaporkan mempunyai lebih daripada 170,000 peminat di platform penstrimannya dan mempamerkan kemahiran permainannya selama berjam-jam, setiap hari. Sesi siaran terakhir ‘Lonely King’ berlaku pada 2 November lalu, selepas dia didapati menghilang.

    Sering menyaksikan dirinya secara langsung, sekali pada setiap 24 jam, peminat-peminat Lonely King mula berspekulasi tentang kesihatannya selepas tidak muncul selepas itu.

    Ramai daripada mereka menyangka bahawa dia mungkin sangat keletihan, memandangkan dia (Lonely King) kelihatan tidak bersiaran mengikuti jadual hariannya – mula bermain dari tengah malam sehingga pukul 9 pagi, setiap malam – sejak dari bulan Julai.

    Menurut CNR (China), pada 11 November lalu, keluarga Lonely King telah menyiarkan mesej di laman media sosialnya, mengesahkan bahawa pemain berusia 20 tahun itu telah meninggal dunia selepas sesi penstriman terakhirnya. Walaupun penyebab kematian rasminya masih belum dikenal pasti, namun ahli media dan peminat Lonely King berspekulasi bahawa pemain popular itu mati akibat daripada keletihan melampau.

    Menurut CNR (China), pada 11 November lalu, keluarga Lonely King telah menyiarkan mesej di laman media sosialnya, mengesahkan bahawa pemain berusia 20 tahun itu telah meninggal dunia selepas sesi penstriman terakhirnya. Walaupun penyebab kematian rasminya masih belum dikenal pasti, namun ahli media dan peminat Lonely King berspekulasi bahawa pemain popular itu mati akibat keletihan melampau. Kematian lelaki muda itu telah menjadi tajuk-tajuk berita utama di China, bahkan menyebabkan kenyataan rasmi menggesa orang ramai untuk mementingkan kesihatan mereka terlebih dahulu.

    Kerajaan China melahirkan kebimbangan mengenai impak daripada permainan ‘King of Glory’ itu kepada belia-belia, terutamanya askar-askar muda. Pada bulan Ogos lalu, akhbar harian People’s Liberation Army Daily melaporkan bahawa hampir semua askar-askar di dalam asrama itu bermain permainan tersebut pada hujung minggu.

    “Sudah tentu ada risiko keselamatan yang tidak boleh diabaikan,” jelas penulis artikel itu. “Permainan itu memerlukan fokus yang berterusan tetapi tugas sebagai seorang askar menjadi tidak stabil. Sebaik sahaja seorang askar tidak bermain lagi permainan itu atas misi yang mendesak, dia mungkin tidak menghadiri operasi itu, jika fikirannya masih dalam permainan.”

    Tencent, sebuah syarikat Internet gergasi China, di sebalik permainan King of Glory, juga mengakui risiko ketagihan yang terdapat dalam permainan video itu dan mula mengehadkan masa bermain setiap hari dalam “memastikan perkembangan kesihatan kanak-kanak.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda