Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maut jatuh dari tingkat 68

    HONG KONG, 31 JULAI – Seorang lelaki Perancis dipercayai maut terjatuh dari bangunan kediaman bertingkat di Hong Kong minggu lalu, kata polis hari ini dengan media tempatan mengenal pastinya sebagai Remi Lucidi, jurugambar yang suka aksi lagak ngeri.

    Polis berkata mayat lelaki berusia 30 tahun ditemui di teres di kawasan Tingkat Pertengahan yang mewah di bandar itu. Dia dipercayai terlibat dalam sukan lasak, menurut polis, tanpa mengenal pasti identitinya.

    Pegawai menjalankan siasatan awal dan berkata dia nampaknya terjatuh dari atas bumbung. Tiada nota bunuh diri ditemui di tempat kejadian, kata mereka. Punca kematiannya perlu disahkan melalui bedah siasat.

    The Post memetik sumber tanpa nama mengatakan dia kali terakhir dilihat mengetuk tingkap penthouse di tingkat 68 sebuah menara kediaman pada petang Khamis.

    Lucidi, yang menggunakan nama ‘Remi Enigma’ di media sosial, kali terakhir menyiarkan foto pemandangan malam Hong Kong minggu lalu di Instagram dan menandai lokasi itu sebagai Times Square di daerah beli-belah Causeway Bay. Gambar itu nampaknya diambil dari atas bangunan.

    Lucidi menyiarkan ke Instagram ketika dia memanjat pelbagai struktur tinggi di seluruh dunia dan mengambil swafoto, termasuk kapsyen, ‘Above the Sky, 425m’ dan menandakan Dubai sebagai lokasinya. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda