Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maut ketika cuba catat rekod

    5 tahunCOLOMBO, 6 Mac 2012 – Seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 24 tahun, yang bertugas sebagai anggota separa tentera Sri Lanka maut tatkala cuba mencatatkan rekod yang dia yakin merupakan rekod dunia bagi masa paling lama ditanam hidup-hidup, menurut polis.

    Anggota tentera Pasukan Pertahanan Awam, Jaanaka Kumara Basnayake, mahu ditanam selama tujuh jam, tetapi digali sejam lebih awal daripada sasaran apabila ibunya mulai naik panik, kata inspektor polis W.M. Siriwardena.

    Mangsa meminta bantuan rakan-rakan dan saudara mara untuk menggali lubang sedalam 2.1 meter dan lubang itu kemudian diletakkan sedikit kayu bagi membolehkannya berbaring di dalamnya. Lubang itu kemudiannya ditutupi dengan tanah.

    “Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri apabila dikeluarkan dari dalam lubang dan disahkan meninggal dunia setibanya di hospital,” kata Inspektor Siriwardena mengenai insiden tersebut.

    Beliau berkata polis mengambil surat yang ditulis lelaki itu yang antara lain berkata dia cuba untuk mencatatkan ‘rekod dunia’ dan tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan jika dia gagal melaksanakannya dan menemui maut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda