Tuesday, March 4, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maut terjun dari cerun 12 meter

    WASHINGTON, 3 JULAI – Seorang lelaki maut di Texas, Amerika Syarikat selepas melakukan terjunan dari cerun setinggi kira-kira 12 meter di Tasik Gladewater.

    Pihak kecemasan menerima panggilan pada petang Sabtu, lapor United Press International (UPI), memetik Jabatan Polis Gladewater. Menurut polis, mangsa mungkin berada di bawah pengaruh alkohol.

    Sementara itu, KLTV melaporkan terdapat sekurang-kurangnya tujuh orang saksi ketika kejadian. 

    Kawasan tasik yang menjadi lokasi orang ramai melakukan aktiviti berenang itu dikelilingi oleh cerun tinggi dan menurut polis, dasar tasik itu dipenuhi batu. Kedalaman maksimum Tasik Gladewater adalah kira-kira sembilan meter, mengikut Jabatan Taman dan Hidupan Liar Texas. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda