Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

Mawar padang pasir tarikan pekebun Thai

-

THAILAND – Taman Big Aui Chuan Chom di wilayah Phichit menarik penggemar bunga di seluruh negara dengan lebih 1,000 tanaman perhiasan, termasuk bunga mawar padang pasir ‘Phet Aiyada’ yang menerima tawaran harga setengah juta baht.

Surachet Sanguansub, pemilik taman botani yang terletak di daerah Pak Thang, berkata dia telah memulakan perniagaannya pada 2011 dengan menanam tanaman hiasan, seperti tumbuhan devil’s ivy dan heart of Jesus.

“Kawan saya memberikan saya beberapa pasu bunga mawar padang pasir dan berkata pokok tersebut sukar ditanam, maka saya cuba menanamnya selama satu dekad dan menjualnya kepada mereka yang berminat dalam tanaman ini.”

Mawar padang pasir (Adenium obesum) dipanggil ‘Chuan Chom’ dalam bahasa Thai, yang diterjemahkan sebagai ‘amat dikagumi.’ Ia merupakan tumbuhan tropika kecil yang mampu bertahan cuaca panas dan hanya perlu menukar tanah dua kali setahun. Mawar padang pasir amat popular di kalangan penggemar kebun di Thailand disebabkan warnanya yang terang dan bentuknya yang menyerupai pokok mini.

“Mawar padang pasir dari Taman Big Aui telah memenangi beberapa anugerah di seluruh negara, terutamanya kacukan Phet Aiyada, yang berharga dari ratusan ribu kepada beberapa ratusan ribu baht,” kata Surachet.

Surachet memutuskan tidak akan menjual mawar padang pasir Phet Aiyada berusia lapan tahun meskipun ditawarkan 500,000 baht untuk tanaman tersebut.

Sebaliknya, dia menyimpannya sebagai tumbuhan baka untuk pelanggan yang mencari anak mawar padang pasir untuk taman mereka, serta menyediakan benih kepada pekebun yang berminat untuk menanam mawar padang pasir.

Surachet berkata pendapatan daripada menjual anak pokok mawar padang pasir sahaja boleh mencecah 100,000 baht sebulan. – ANN/The Nation

Surachet memulakan perniagaannya pada 2011 dengan menanam tanaman hiasan, seperti tumbuhan devil’s ivy. – ANN/The Nation.
Mawar padang pasir amat popular di kalangan penggemar kebun di Thailand disebabkan warna mereka yang terang dan bentuk mereka yang menyerupai pokok mini. – ANN/The Nation,

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -