Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mawilla 2 jaga perairan negara

    SANDAKAN, 17 Okt – Pengoperasian Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di daerah ini penting dan kritikal bagi memastikan kedaulatan di kawasan perairan negara sentiasa terpelihara.

    Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menyifatkan ia seiring dengan landskap geopolitik semasa yang begitu pantas berubah dan semakin mencabar yang menuntut Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TLDM melaksanakan pendekatan yang lebih praktikal dan efektif bagi memelihara keselamatan perairan negara.

    Katanya dalam aspek Sabah, perbezaan geostrategik antara pantai barat dan pantai timur Sabah memerlukan strategi serta pendekatan baharu yang lebih tersusun, sistematik dan bersesuaian dengan keadaan perairan di kedua-dua kawasan operasi maritim.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda