Tindakan bekas tunang kepada penyanyi Demi Lovato iaitu Max Ehrich mengikuti semula akaun instagram selebriti terkenal Selena Gomez menarik perhatian warganet di laman sosial.
Menerusi akaun Instagram yang menggunakan nama Selenander, Max Ehrich difahamkan mula mengikuti Instagram Selena selepas dia berpisah dengan Demi Lovato.
“Bekas tunang Demi Lovato, Max Ehrich kembali ikuti Selena Gomez di Instagram selepas berpisah dengan Demi Lovato,” tulisnya.
Max Ehrich juga ada meninggalkan tanda suka di salah satu perkongsian Selena di Instagram malah dia ada menyanyikan lagu Ice Cream ketika melakukan siaran langsung (IG Live).
Pada September lalu, Demi Lovato telah memutuskan pertunangannya dengan aktor, Max Ehrich setelah dua bulan menjalinkan hubungan istimewa.
Sebelum ini, Demi Lovato pernah mengakui dia tidak lagi berkawan dengan Selena Gomez biarpun mereka pernah menjadi sahabat ketika sama-sama membintangi drama siri kanak-kanak Barney & Friends. – Agensi
