Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Max Verstappen juara GP AS

    ISTANBUL, 20 OKT – Pemandu Red Bull dari Belanda, Max Verstappen telah berjaya menjuarai pusingan ke-19 Kejuaraan Dunia Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung di Austin, Texas, lapor agensi Anadolu.

    Perlumbaan yang berlangsung kelmarin itu melibatkan 56 pusingan di Litar Americas sepanjang 5.5 kilometer dengan Verstappen yang bermula dari petak utama melepasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 1 jam, 34 minit dan 00.161 saat (s), sekali gus menandakan kemenangan kelimanya musim ini.

    Pemandu McLaren dari Britain, Lando Norris, menamatkan saingan di tempat kedua, 7.959s di belakang Verstappen, manakala pemandu Ferrari dari Monaco, Charles Leclerc menduduki tempat ketiga dengan perbezaan 15.373s daripada pendahulu.

    Perlumbaan seterusnya musim ini, Grand Prix Mexico akan diadakan pada 26 Oktober.

    Kemenangan Verstappen itu merapatkan jurang dalam perebutan gelaran juara ketika saingan kejuaraan memasuki peringkat akhir musim di Mexico. – Bernama

    Reaksi Max Verstappen selepas memenangi perlumbaan Grand Prix AS di Austin, Texas pada 19 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Rockets atasi Cavs