JEDDAH, 10 MAC – Max Verstappen kekal kukuh di landasan untuk satu lagi musim penguasaan dalam Formula 1 (F1), kelmarin, dengan memenangi Grand Prix Arab Saudi. Walaupun selepas hanya dua perlumbaan, dan walaupun ada pergolakan di Red Bull, Verstappen nampaknya berada dalam kawalan hampir sepenuhnya di trek ketika beliau menyasarkan kejuaraan keempat berturut-turut tahun ini.