Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maxgame tiba di Brunei

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Maxgame Malaysia kini melebarkan sayapnya ke Negara Brunei Darussalam dengan membuka cawangan di Higher Point, Kampung Kiulap.

    Hadir bagi merasmikan Maxgame Brunei ialah Kenny Tchung selaku pemilik kedai berkenaan.

    Menurut Kenny, beliau suka dengan permainan video sejak kecil sebagai hobi dan ia merupakan salah satu caranya untuk bersantai.

    Dengan pembukaan kedai permainan kegemarannya, Maxgame bukan sahaja menjual produk permainan video, malah menjual aksesori perlumbaan, patung, Gundam, Lego, TCG dan barangan rasmi lain kepada peminat-peminat tegar.

    Menurutnya lagi, kakitangan Maxgame akan memberikan perkhidmatan berupa nasihat yang sesuai dengan pengalaman dan pemahaman mereka tentang permainan video.

    Maxgame menawarkan barangan yang sesuai untuk orang dewasa, remaja dan kanak-kanak.

    Kenny bergambar bersama tetamu yang hadir. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda