Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maya Karin tak tolak kembali bergelar isteri

    Hubungan pelakon Maya Karin dengan teman lelakinya yang berasal dari Perancis masih dalam keadaan baik malah percintaan mereka sudah memasuki usia dua tahun.

    Maya atau Maya Karin Roelcke, 44, berkata walaupun jarang berjumpa namun mereka masih mampu mempertahankan ikatan yang terjalin.

    “Sebenarnya saya sendiri terkejut dan tak fikir hubungan kami boleh kekal lama walaupun ada turun naik dalam percintaan kami.

    “Saya jangkakan lepas sebulan, saya akan reda jika kami ditakdirkan berpisah tapi apa yang berlaku sebaliknya.

    “Saya memang jarang bertemu dengannya memandangkan dia sangat sibuk tetapi sering datang ke Asia Tenggara untuk melancong,” katanya kepada mStar.

    Maya tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. – mStar

    Maya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa filem The Experts yang diadakan di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam, Selangor pada malam Sabtu.

    Dalam pada itu, Maya juga memberitahu dia cuba untuk tidak terlalu memaksa dan menjadi lebih realistik dalam hubungan.

    Kata Maya, biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka mempunyai persefahaman yang baik untuk terus mengekalkan hubungan.

    “Saya sekarang dalam proses mengubah suai rumah. Selain itu, saya juga sibuk promosi filem dan selepas tu nak ‘shooting’ filem baharu pula.

    “Saya juga sudah beritahu dia mungkin saya tidak dapat bertemu dengannya selama enam minggu dan dia juga memahaminya.

    “Namun, dia masih boleh melawat saya di lokasi penggambaran kerana dia memang suka tengok saya bekerja,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda