Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Maya Karin takut menyanyi live di pentas

    Masalah anxiety atau serangan panik yang dialami pelakon Maya Karin sejak lapan tahun lalu membuatkan dia tidak berani untuk menyanyi di atas pentas.

    Menurut Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 42, perkara itu menyebabkan dia membuat keputusan memberi fokus kepada kerjaya lakonan berbanding nyanyian.

    “Saya tak pernah kata akan berhenti menyanyi, cuma rezeki saya lebih kepada bidang lakonan. Lagipun menyanyi atas pentas akan membuatkan saya anxienty.

    “Kalau di set penggambaran, perasaan kebimbangan melampau itu kurang. Kalau saya ada alami serangan panik ketika berlakon, saya akan minta berehat kejap.

    “Kalau menyanyi, kena serangan panik ke tak? saya kena berada atas pentas. Agak menakutkan untuk saya menyanyi secara live,” katanya kepada mStar.

    Maya lebih selesa berlakon berbanding menyanyi di atas pentas. – Agensi

    Maya ditemui ketika majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu berjudul Telaga Suriram di The Majapahit, Mont Kiara, pada Selasa. Sekitar November tahun lalu, Maya mendedahkan dia berdepan masalah gangguan keresahan atau anxiety sejak lapan tahun lalu. Episod paling teruk yang dirasainya adalah mengalami perasaan gementar sehingga tangannya menggigil.

    Anxiety juga pernah menyebabkan Maya gagal dalam uji bakat sekali gus terpaksa melupakan peluang untuk menempatkan diri dalam naskhah Crazy Rich Asian dan teater muzikal Puteri Gunung Ledang. Dalam pada itu, pelakon filem Munafik 2 ini berkata, dia mula berkongsi tentang masalah yang dihadapinya itu selepas mengalami serangan panik ketika menyelam di Sabah pada tahun lalu.

    “Sebenarnya dah lama juga saya alami masalah anxiety. Saya mula kongsi perkara ini selepas balik dari Sabah.

    “Saya pergi sana nak mencuba menyelam untuk menentang masalah anxiety. Tapi malangnya, saya alami serangan panik dalam air.

    “Baru saya sedar, ia sesuatu yang sangat bahaya. Sebab itu saya kongsi masalah itu di Instagram,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...