Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat Abby Choi ditemukan tanpa kepala

    Model terkenal Hong Kong, Abby Choi ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dia dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

    Mayat model berusia 28 tahun itu dijumpai tanpa kepala di sebuah rumah dipercayai tempat mangsa dibunuh. Kepala mangsa kemudiannya ditemui dalam periuk rebusan.

    Pihak berkuasa dalam kenyataan kepada media memberitahu sebahagian daripada tubuh mangsa dipotong dan dimasak manakala selebihnya disimpan dalam peti sejuk rumah tersebut.

    Abang bekas suaminya dipercayai suspek pembunuhan.

    Supritenden Polis Alan Chung Nga Lun berkata, ketika serbuan kediaman tersebut pihaknya turut menemui gergaji elektrik dan penggiling daging yang telah digunakan untuk mengisar mangsa.

    Abby Choi ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dia dilaporkan hilang sejak Rabu lalu. – Agensi

    Polis turut menemui beberapa barang peribadi milik mangsa termasuk sebuah beg tangan mewah jenama Hermes berwarna merah jambu, kad pengenalan dan kad kredit.

    “Kami menemui kepala mangsa dalam periuk rebusan yang mengandungi tisu manusia di dalamnya,” katanya.

    Alan berkata rumah tersebut telah disewa baru-baru ini malah tidak dilengkapi perabot kerana disyaki menjadi tempat untuk menghapuskan mayat mangsa.

    Tambah Alan, pihak polis telah menahan bapa, ibu dan abang kepada bekas suami mangsa yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan kejam itu.

    Polis juga sedang memburu bekas suami mangsa yang turut dipercayai bersubahat dalam pembunuhan terbabit.

    “Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya terlibat dalam pertikaian kewangan yang melibatkan jumlah wang yang besar.

    “Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya menjadikan itu motif pembunuhan,” katanya lagi.

    Mangsa juga didakwa dilihat kali terakhir bersama abang bekas suaminya yang juga bekerja sebagai pemandu.

    Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat pada pukul 2:15 petang Rabu dengan pakaian serba putih.

    Mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk menjemput dua orang anak perempuannya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda