Wednesday, March 26, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat anak damit dalam mangkuk tandas stesen minyak

    SHAH ALAM, 24 MAC – Mayat seorang anak damit yang baru dilahirkan ditemukan dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor kelmarin. 

    Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Md Yusof Ahmad berkata mayat itu ditemukan orang awam kira-kira jam 12 tengah hari, namun jantina dan bangsa bayi tersebut tidak dapat dipastikan.

    “Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan anak damit itu meninggal dunia pada jam 11.15 pagi.

    “Polis kini giat menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang terlibat, dipercayai menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat itu secara sulit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

    Terdahulu, tular di media sosial gambar lokasi kejadian dengan dakwaan ada individu melahirkan anak dalam tandas wanita stesen minyak itu sebelum membuang bayinya. – Bernama 

    Mayat anak damit dalam mangkuk tandas stesen minyak. – Gambar Pixabay
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda