Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat anggota komando diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah

    SHAH ALAM, 20 FEB – Mayat Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang ditemukan terdampar semalam di paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Banting, diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah petang ini.

    Abangnya, Muhammad Fikri Abdullah, 41, berkata mayat adiknya diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang 5:30 petang tadi ke Lapangan Terbang Sandakan dan dijangka penerbangan tersebut mengambil masa kira-kira dua jam 45 minit.

    “Tiba di Sandakan, mendiang akan dibawa ke kediaman keluarga kami di Kampung Maliau, Tongod.

    “Seramai 16 orang termasuk adik-beradik dan keluarga terdekat akan mengiringi mendiang pulang ke Sabah menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Proses bedah siasat mayat anggota komando itu di Hospital Banting selesai 2 petang tadi. – Bernama

    Mayat Lans Koperal Edrin Baintim diterbangkan pulang menaiki pesawat TUDM. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda