BOGOTA, 14 SEPT – Mayat pelarian warga Ecuador, Junior Roldan, dikatakan telah digali secara haram daripada kubur di Colombia, menurut pihak polis semalam, di mana kejadian itu berlaku beberapa bulan selepas bekas ketua kumpulan dadah Los Choneros itu dikebumikan.
Roldan, yang lebih dikenali dengan nama samaran JR, sebelum ini dituduh terlibat dalam beberapa serangan dan pembunuhan di Ecuador.
Lebih 430 banduan dilaporkan telah terkorban secara kejam sejak tahun 2021, dengan puluhan daripadanya dipotong dan dibakar dalam konflik yang dikaitkan dengan kartel Colombia dan Mexico.
Mayat Roldan hilang dari peti mayat tempat dia dikebumikan pada Mei, polis tempatan memberitahu AFP semalam.
Roldan dibebaskan dari penjara di bandar pelabuhan Ecuador Guayaquil hab bagi beberapa kumpulan dadah pada Februari 2023 dan diberikan pembebasan bersyarat, keputusan yang dikritik oleh Presiden Guillermo Lasso.
Dia dilaporkan cedera dalam satu serangan bersenjata pada Mac, selepas itu pihak berkuasa penjara kehilangan jejak keberadaannya.
Pihak berkuasa Colombia kemudian menemukan mayatnya dengan luka tembakan di kepala di kawasan luar bandar di barat laut negara itu dua bulan kemudian.
Selepas tiada siapa yang menuntut mayat itu, ia dikebumikan di sebuah perkuburan di Envigado di pinggir Medellin, bandar kedua Colombia, pada 18 Mei. – AFP