Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat budak perempuan ditemui dalam beg sampah

    RAMBERVILLERS, 26 APRIL – Polis Perancis telah menahan seorang remaja lelaki selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati dalam beg sampah di timur negara itu, kata pihak berkuasa tempatan dan media, hari ini.

    Mayat gadis itu ditemui di sebuah apartmen di bandar Rambervillers di wilayah Vosges, beritahu datuk bandar, Jean Pierre Michel, kepada AFP.

    Beliau berkata ibu bapa, sebuah keluarga Romania yang tinggal di bandar yang mempunyai 5,000 orang penduduk itu, telah melaporkan anak perempuan mereka hilang sejurus sebelum penemuannya.

    “Gadis itu ditemui dalam apartmen dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya.

    Menurut akhbar harian serantau Le Republicain Lorrain, mangsa ditemui dalam beg sampah di sebuah apartmen kira-kira 100 meter dari rumahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda