BERLIN, 22 OGOS – Seorang pemandu pendaki gunung telah menemui mayat di Pergunungan Alps Austria, lelaki yang dipercayai mati dalam kemalangan di glasier 22 tahun lalu, kata polis hari ini.
Mayat itu ditemui pada Jumaat di glasier Schlatenkees di taman negara Hohe Tauern di timur wilayah Tyrol, berhampiran sempadan Itali dan pada ketinggian kira-kira 2,900 meter, kata polis dalam satu kenyataan. Mayat itu jelasnya telah berada di sana untuk masa yang lama, tambah mereka.
Pemandu itu memaklumkan kepada polis di Lienz, yang mengeluarkan mayat itu dengan bantuan helikopter.
Beberapa meter di bawah mayat, pasukan penyelamat menemui beg galas yang mengandungi wang tunai, kad bank dan lesen memandu.
Polis mengenal pasti mayat itu nampaknya seorang lelaki Austria yang berusia 37 tahun ketika itu dan dipercayai meninggal dunia pada 2001. Lelaki itu mempunyai peralatan ski merentas desa.
Padanan DNA sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti lelaki itu. Keputusan dijangka akan keluar dalam beberapa minggu. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P12-B-web-Freepik_23082023.jpg)