Tuesday, October 22, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat ditemui dengan dumbel 10kg diikat pada kaki

    ATHENS, 3 JUN – Mayat seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui kelmarin di luar pantai timur laut ibu kota Greece dengan dumbel seberat 10 kilogram (kg) terikat pada kakinya dengan tali, menurut pengawal pantai.

    Pihak berkuasa telah diberitahu mengenai kehadiran mayat lelaki di pantai Schinias berhampiran bandar Marathon pada petang kelmarin.

    Seorang penyelam telah mengeluarkan mayat berkenaan kira-kira 100 meter dari pantai. Seterusnya, sebuah ambulans membawanya ke hospital di mana kematian lelaki itu disahkan. Menurut pihak berkuasa, mayat tersebut sudah berada di dalam air selama beberapa hari.

    Lelaki itu dianggarkan berumur antara 40 hingga 45 tahun. Bedah siasat akan dilakukan kemudian. Pihak berkuasa di pelabuhan berhampiran Rafina sedang menyiasat kejadian itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda