Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Mayat dua budak dipancung ditemui

    BEIRUT, 16 NOV – Mayat dua budak perempuan Mesir dengan kepala dipancung ditemui semalam di sebuah kem di tenggara Syria yang menempatkan puluhan ribu wanita dan kanak-kanak yang dikaitkan dengan kumpulan Islamic State (IS).

    Mayat budak perempuan itu ditemui dalam sistem pembetungan di kem beberapa hari mereka dilapor hilang, menurut Pihak Berkuasa Hak Asasi Manusia Syria. Kumpulan itu berkata budak perempuan itu berusia 11 dan 13 tahun. Ia merupakan jenayah pertama seumpama itu di kem pelarian dalam tempoh beberapa minggu lalu.

    Siamand Ali, pegawai Tentera Demokratik Syria, mengesahkan pembunuhan itu.

    “Ia merupakan satu peringatan tentang betapa teruknya situasi di kem. Kami menggesa semua pihak supaya melakukan sesuatu untuk mempertingkat keadaan di sana,” kata Farhan Haq, jurucakap PBB.

    Pembunuhan adalah yang pertama sejak tentera Syria menamatkan kempen 24 hari di al-Hol pada pertengahan September, di mana puluhan pelampau ditahan dan senjata dirampas dalam operasi yang dilancarkan.

    “Kami terkejut mendengar laporan dua budak telah dibunuh di kem al-Hol di Syria,” kata Tanya Evans, Pengarah Jawatankuasa Menyelamat Antarabangsa di Syria. Beliau menambah insiden terbaharu di kem menekankan keperluan terdesak untuk melindungi kanak-kanak di al-Hol.

    Kira-kira 50,000 warga Syria dan Iraq bersesak-sesak dalam khemah di kem berkenaan. Hampir 20,000 di antara mereka terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. – AP

    Wanita berjalan di kem al-Hol yang menempatkan kira-kira 60,000 pelarian, di wilayah Hasakeh, Syria. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...