Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat kelasi kapal tongkang di Miri ditemukan

    MIRI, 15 Ogos – Mayat seorang kelasi sebuah kapal tongkang yang jatuh ke dalam sungai di Kuala Baram sejak Ahad lepas ditemukan pada 11.22 pagi ini.

    Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata mangsa Suhaili Jaili, 54, dijumpai terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat setelah tongkang yang berada di tempat kejadian di sungai di Kuala Baram dialihkan.

    “Operasi mencari dan menyelamat tamat pukul 11.30 pagi, mayat sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan,” katanya hari ini.

    Suhaili dilaporkan terjatuh ketika berjalan di atas titi yang digunakan untuk menyeberangi tongkang.

    Mangsa dilihat kali terakhir oleh rakannya seorang warganegara Indonesia pada 8 malam Ahad lepas di sebuah kilang kayu di Kuala Baram. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda