Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat lelaki Australia dibaham buaya ditemui

    SYDNEY, 3 MEI – Mayat seorang lelaki Australia yang hilang dalam perjalanan memancing di perairan yang dipenuhi buaya telah ditemui di dalam dua reptilia itu, kata polis hari ini.

    Mangsa berusia 65 tahun, yang dinamakan dalam media Australia sebagai Kevin Darmody, telah pergi memancing pada Sabtu di utara Queensland sebagai sebahagian daripada kumpulan, yang menghalau seekor buaya supaya mereka boleh mula memancing, kata polis.

    “Orang ramai yang memancing bersama Darmody mendengar dia menjerit, menjerit dengan kuat, diikuti dengan percikan air yang besar”, kata inspektor polis Cairns, Mark Henderson.

    Renjer kemudian menggunakan senapang untuk menembak dan membunuh dua buaya, seekor berukuran kira-kira 4.2 meter dan satu lagi 2.8 meter, ditemui di hulu sungai dari tempat kumpulan itu memancing di dalam Taman Negara Lakefield.

    Pemeriksaan mendapati mayat manusia dalam kedua-dua pemangsa itu, kata polis.
    Henderson menyifatkan ia sebagai pengakhiran yang tragis.

    “Lelaki itu adalah seorang yang sangat baik dari bandar Laura di utara Queensland, yang mempunyai populasi kira-kira 130 orang,” kata Henderson.

    Pegawai hidupan liar negeri Queensland, Michael Joyce menggesa orang ramai supaya berhati-hati.

    “Ini adalah negara buaya. Jika awda berada di dalam air dan terutamanya jika awda berada di Lakefield, yang diisytiharkan khusus untuk pemuliharaan buaya, awda harus sedar bahawa ada buaya di dalam air itu.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda