BINTULU, 6 Ogos – Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di tepi sungai Sibiew pada awal pagi ini. Ketua Polis Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata polis menerima panggilan daripada orang awam pada 6:50 pagi tadi mengenai penemuan mayat tersebut dan bergegas ke lokasi untuk menyiasat. “Pemeriksaan awal polis mendapati mangsa seorang lelaki berumur lebih kurang 20-an,”