Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat nahas pesawat terhempas mula diturunkan

    TEHRAN, 21 Feb – Pasukan kecemasan Iran, hari ini memulakan usaha membawa turun mayat nahas kapal terbang yang terhempas di gunung Zagros dengan 66 penumpang, kata pegawai.

    Tiada mangsa terselamat ditemui dalam nahas membabitkan pesawat Aseman Airlines, yang hilang daripada radar pagi Ahad lalu, kira-kira 45 minit sejurus berlepas dari Tehran untuk penerbangan domestik. Helikopter akhirnya berjaya mengesan lokasi nahas semalam pada ketinggian 4,000 meter di banjaran Dena.

    Namun ketinggian dan keadaan cuaca bermakna helikopter tidak boleh mendarat untuk mengangkut mayat.

    Gambar fail pada 20 Februari 2018 menunjukkan bangkai pesawat yang terhempas berhampiran puncak gunung di kawasan pergunungan Zagros Iran. Pasukan kecemasan Iran, kelmarin memulakan usaha membawa turun mayat nahas kapal terbang yang terhempas di gunung Zagros dengan 66 penumpang, kata pegawai. – AFP

    Justeru, para kakitangan kecemasan terpaksa membawanya turun sehingga ke jalan raya di kaki gunung.

    “Buat masa ini, ribut salji dan angin sejuk melanda di puncak gunung dan kadar penglihatan amat rendah.

    “Kami memutuskan supaya mayat dibawa turun oleh komando atau perkhidmatan kecemasan,” kata timbalan komander tentera darat, Brigadier Jeneral, Nozar Nemati. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda