NARITA, 8 DIS – Jasad Tetsu Nakamura, seorang doktor Jepun yang telah ditembak mati di Afghanistan setelah beberapa dekad memberikan sumbangan terhadap negara itu, telah dibawa balik ke Jepun hari ini.
Kapal terbang membawa mayat beliau selamat mendarat di lapangan terbang Narita berhampiran Tokyo bersama-sama anak dan isterinya.
Naib menteri luar Negeri Kaisuke Suzuki dan beberapa orang hadirin termasuk isterinya memberikan penghormatan di lapangan terbang.
Mayatnya akan dihantar ke tempat asalnya di wilayah barat Jepun Fukouka pada hari Isnin kata media setempat.
Lelaki berusia 73 tahun tersebut terbunuh di Jalalabad, pusat bandar timur Nangarhar tempat dia bekerja dari tahun 1980an.
Ia terbunuh bersama-sama lima orang pengawal Afghanistan dan rakan sekerja dalam serangan yang belum dikenal pasti.
Sebelum jasadnya di hantar dari kabul, para pegawai Afghanistan yang diketuai oleh Presiden Ashraf Ghani, menghadiri majlis penghormatan terakhir di lapangan terbang bagi acara perkabungan kematian Nakamura. – AFP