GAZA, 6 Nov – Kumpulan Jihad Islam pada Ahad berkata mereka akan membawa pulang sebahagian militan yang terkorban dalam letupan terowong di sempadan Gaza, menurut sumber tempatan.
Saraya (Brigade) al-Quds, pegawai kanan kumpulan Jihad Islam dalam kenyataannya melalui e-mel berkata, “Kami akan membawa balik sebahagian daripada pejuang di terowong kebebasan dan kami akan berjalan kaki walaupun berhadapan dengan musuh.”
Tambahnya lagi, “lami tidak akan bersepakat dengan penjajahan ini.”
Jurucakap tentera Israel mengumumkan bahawa pihak mereka telah menjumpai empat mayat pemisah Islam yang terkorban dalam terowong yang terletak di antara sempadan selatan Gaza dan Israel minggu lepas.
Tentera Israel melancarkan serangan ke atas terowong tersebut dan mengorbankan tujuh militan; lima daripadanya kumpulan pemisah Islam dan dua daripada Hamas.
Kumpulan pemisah Islam memaklumkan bahawa lima yang hilang dalam terowong disahkan terkorban.
Jurucakap Hamas di Gaza, Hazem Qasem menerusi kenyataannya melalui e-mel berkata, “Ini merupakan jenayah Israel yang membabitkan rakyat kita selain daripada pembunuhan, penjajahan dan penangkapan terhadap rakyat kita.”
Tambahnya lagi “Dengan cara ini akan memberi tekanan kepada penjajah dan kami akan bersedia sedaya upaya mempertahankan bangsa daripada serangan penjajah.” – Xinhua