Saturday, May 3, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat pemandu lori ditemui selepas tiga bulan

    TOKYO, 2 MEI – Pasukan penyelamat Jepun telah menemui mayat seorang pemandu lori yang tertimbus dalam sebuah lubang benam besar berhampiran Tokyo tiga bulan lalu, menurut pegawai hari ini.

    Kejadian berlaku pada waktu pagi, akhir Januari lalu apabila jalan di bandar Yashio runtuh semasa lelaki berusia 74 tahun itu sedang memandu lori.

    Kejadian lubang benam itu berpunca daripada sebatang paip pembetungan yang rosak teruk dan dilaporkan lubang itu mempunyai kedalaman 16 meter pada Februari.

    Usaha mencari dan menyelamat terjejas kerana keadaan tanah yang tidak stabil dan hal tersebut meningkatkan lagi risiko keruntuhan lebih teruk dan menghalang pasukan penyelamat menghampiri kawasan di mana mangsa dipercayai tertimbus. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda