Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat pendaki Amerika ditemui dalam keadaan baik selepas 22 tahun

    LIMA, 8 JULAI – Mayat seorang pendaki gunung Amerika – yang hilang 22 tahun lalu ketika mendaki puncak bersalji di Peru telah ditemui dalam keadaan baik selepas terdedah
    oleh pencairan ais akibat perubahan iklim, kata polis semalam.

    William Stampfl dilaporkan hilang pada Jun 2002, berusia 59 tahun, apabila runtuhan salji menimbus rombongan pendakiannya di gunung Huascaran, dengan ketinggian lebih 6,700 meter. Usaha mencari dan menyelamat tidak membuahkan hasil.

    Polis Peru berkata mayatnya terdedah berikutan pencairan ais di banjaran Cordillera Blanca di Andes.

    Mayat Stampfl, serta pakaian, tali pinggang dan butnya terpelihara dengan baik oleh suhu sejuk, berdasarkan imej-imej yang diedarkan oleh polis.

    Pasportnya ditemui dalam kalangan barang miliknya, membolehkan polis mengenal pasti mayat itu.

    Pergunungan di timur laut Peru itu, yang menempatkan puncak-puncak bersalji seperti Huascaran dan Cashan, adalah kegemaran dalam kalangan pendaki gunung dari seluruh dunia.

    Pada Mei lalu, mayat seorang pejalan kaki Israel ditemui di sana hampir sebulan selepas dia hilang. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda