Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat pendaki hilang sejak 1994 ditemui di glasier Switzerland

    GENEVA, 13 NOV – Mayat seorang pendaki yang dilaporkan hilang sejak 1994 telah ditemui di sebuah glasier di Switzerland, menurut kenyataan polis kelmarin.
     
    Penemuan itu dibuat oleh sekumpulan pendaki yang sedang mendaki Gunung Ober Gabelhorn pada 15 Oktober lalu, menurut polis kanton di wilayah selatan Wallis dalam satu kenyataan.
     
    Selepas menerima laporan daripada kumpulan pendaki berkenaan, pasukan polis telah dihantar ke lokasi menggunakan helikopter bagi mengutip sisa mayat serta barangan peribadi yang ditemui di glasier Ober Gabelhorn. Menurut pihak berkuasa, dua pendaki telah dilaporkan hilang di kawasan itu pada 4 November 1994.
     
    “Seorang daripada mereka telah ditemui pada 2000. Penemuan mayat pendaki kedua ini kini melengkapkan misteri kehilangan dua lelaki berkenaan,” menurut kenyataan polis.
     
    Siasatan lanjut berjaya mengesahkan identiti mangsa sebagai warganegara Switzerland yang dilahirkan pada 1969. 
     
    Polis memaklumkan penemuan mayat pendaki di glasier bukanlah sesuatu yang luar biasa di Switzerland. – AFP 
     
    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda