KATHMANDU, 31 MEI – Mayat pendaki gunung Jerman, Luis Stitzinger telah ditemui di Kanchenjunga, gunung ketiga tertinggi di dunia, kata penganjur ekspedisi hari ini, beberapa hari selepas dia hilang semasa turun dari puncak.
Pasukan pencari terdiri lima jurupandu Nepal menemui mayat Stitzinger tepat di bawah puncak pada kira-kira 8,400 meter kelmarin, Mingma Sherpa dari Seven Summit Treks memberitahu AFP.
“Mereka sedang membawa turun mayatnya,” kata Sherpa.
Lelaki berusia 54 tahun itu telah sampai ke puncak gunung Himalaya setinggi 8,586 meter pada 25 Mei tanpa oksigen tambahan tetapi kemudian terputus hubungan.
Usaha menyelamat sebelum ini telah dihalang oleh keadaan cuaca. – AFP
