SEBUAH keluarga dari Thailand sangat terkejut baru-baru ini apabila mayat lelaki yang mereka bakar tujuh bulan lalu terlihat berjalan bersahaja melalui pintu depan rumah mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Sakorn Sacheewa, seorang lelaki berusia 44 tahun dari wilayah Si Ka Ket Thailand, telah pulang ke rumah selepas dua tahun bekerja di sebuah kapal nelayan, di luar daerah negara itu. Dia tidak pernah menghubungi keluarganya sepanjang tempoh itu, jadi dia tidak mengharapkan kedatangan hangat daripada keluarganya. Reaksi daripada keluarganya sungguh luar biasa apabila melihat Sakorn Sacheewa berjalan menerusi rumahnya pada 17 Disember lalu. Mereka menyentuhnya untuk memastikan ia adalah benar. Dia kemudian diberitahu bahawa dia telah mati tujuh bulan yang lalu.
Pada bulan Mei lalu, keluarga Sakorn telah dihubungi oleh pihak polis di Nang Loeng, di tempat dia bekerja, dan memberitahu bahawa dia telah meninggal dunia akibat gangguan pencernaan.
Keluarganya kemudian diminta untuk mengenal pasti dan mengambil mayat tersebut. Mereka telah mengembara ke daerah Phra Nakhon, Bangkok, di mana mereka menerima sijil kematian dan kemudian mengambil mayat berkenaan dari Fakulti Perubatan, Hospital Vajira Universiti Navamindradhiraj.
Badan mayat yang membengkak itu menyukarkan keluarganya untuk mengenal pasti, namun salah seorang daripada sepupu Sakorn, Nakornchai Pimklang, berusia 33 tahun, menyedari bahawa gigi mayat tidak sepadan dengan Sakorn, yang tidak memiliki dua gigi depan.
Dia memberitahunya kepada salah seorang pegawai, yang telah mengarahkan keluarga itu untuk mengambil mayat berkenaan.
Jadi mereka melakukannya, dan membawa mayat itu ke rumah mereka di Si Ka Ket, di mana mereka mengadakan upacara keagamaan selama tiga hari, sebelum membakarnya.
Sementara itu, Sakorn Sacheewa sebenar masih hidup dan sihat, bekerja di Nang Loeng, seperti apa yang dia telah lakukan selama dua tahun yang lalu.
Beberapa minggu yang lalu, dia memutuskan untuk berhenti kerja dan pulang ke rumah, tidak mengetahui tentang perkhabaran yang mengejutkan daripada keluarganya itu.
Selepas mendengar kisah kematiannya, Sakorn berkata, pada satu ketika, seorang rakan sekerjanya dari Myanmar telah mencuri kad pengenalannya dan hilang, tetapi dia hanya melaporkannya hilang dan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Dia tidak pernah membayangkan bahawa seseorang akan menggunakan kadnya untuk menyamar.
Kebimbangan utama Sakorn Sacheewa pada masa ini ialah pengesahan dari Biro Pendaftaran Pentadbiran yang mana dia masih hidup, dan telah dilaporkan mati tujuh bulan yang lalu, berdasarkan sijil kematiannya.
Hanya ada satu masalah yang perlu diselesaikan oleh pihak polis pada masa ini – untuk mengetahui siapakah lelaki yang telah dibakar mayatnya di rumah Sakorn itu. Mereka berharap agar dapat mengenal pasti tulang yang tersisa daripada pembakaran mayat itu.
Menariknya, ini bukanlah satu-satunya ‘kebangkitan semula atau hidup semula’ yang telah dilaporkan.
Pada bulan Januari tahun lalu, kisah Vilasa, seorang wanita warga India berusia 82 tahun telah menarik perhatian masyarakat apabila pulang ke rumahnya setelah 40 tahun kemudian.