BANGALORE, INDIA, 31 JULAI – Mayat jutawan kopi India V.G. Siddhartha ditemui di tebing sebatang sungai di selatan India hari ini, sehari selepas sepucuk surat mendedahkan kebimbangan beliau berhubung masalah kewangan mendalam dan gangguan daripada pihak berkuasa percukaian.
Penemuan oleh nelayan menamatkan usaha mencari pengasas empayar Cafe Coffee Day selama dua hari, selepas beliau kali terakhir dilihat oleh pemandunya berjalan menyeberangi jambatan di bandar Mangalaru.
Ahli politik dan tokoh perniagaan meminta siasatan dilancarkan dalam kematian Siddhartha, serta dakwaan gangguan daripada pemberi pinjaman dan pihak berkuasa percukaian dalam suratnya.
“Kerajaan harus menjalankan siasatan dalam kematian tragik beliau,” kata bekas perdana menteri H.D. Deve Gowda di Twitter tatkala beliau menyatakan ‘rasa terkejut beliau.’ – AFP
