Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat remaja ditemukan di pantai Labuan

    LABUAN, 4 OKT – Mayat seorang remaja lelaki ditemukan terdampar di pantai Sungai Miri di sini hari ini.

    Mangsa dikenali sebagai Al Saeif Manahan, 17, yang dipercayai lemas selepas mandi-manda bersama abang tirinya semalam, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan pada 5 pagi tadi.

    Pengarah JBPM Labuan Ismaidi Ismail berkata ketika kejadian 2 petang semalam, mangsa dipercayai berenang di pantai itu bersama abang tirinya Al Faiez Rizal Adnan, 23, kira-kira 1 tengah hari sebelum insiden berkenaan.

    Bagaimanapun, Al Faiez ditemukan terapung tidak jauh dari pantai itu dan diselamatkan sete-ngah jam kemudian selepas operasi SAR dijalankan. – Bernama

    Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan melakukan operasi mencari dan menyelamat Al Saeif Manahan di Pantai Kampus Antarabangsa Labuan pada Ahad. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda