Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat remaja hamil bersama kekasih ditemukan dalam kereta

    SAN ANTONIO, 27 DIS – Seorang remaja perempuan hamil dari Texas yang dilaporkan hilang bersama teman lelakinya ditemui mati dalam kereta yang diletak di San Antonio kelmarin dan polis berkata mereka mungkin berada di sana selama beberapa hari.

    Savanah Nicole Soto, 18, dan Matthew Guerra, 22, dilaporkan hilang oleh polis di Lembah Leon, beberapa batu dari barat laut pinggir bandar San Antonio.

    Dua mayat ditemui dalam sebuah kereta Kia Optima selaras dengan deskripsi barang milik teman lelaki berkenaan dan mereka mungkin berada di sana selama tiga atau empat hari, kata Ketua Polis, William P. McManus pada sidang akhbar.

    Bagaimanapun dia tidak mengenal pasti mayat sementara menunggu pengesahan oleh pemeriksa perubatan tetapi berkata mereka dipercayai mayat pasangan yang hilang.

    McManus tidak memberikan butiran lain dan berkata dia tidak tahu sama ada senjata telah ditemui di dalam kereta itu.

    “Apa yang kita lihat sekarang adalah tempat kejadian jenayah yang amat membingungkan,” kata ketua polis itu.

    “Para detektif sekarang melihatnya sebagai kemungkinan pembunuhan tetapi kami tidak pasti,” katanya.

    “Disebabkan kes yang rumit, tempat kejadian jenayah yang kompleks, kami tidak boleh mengatakan dengan pasti apa yang kami ada,” jelasnya. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda