Monday, March 3, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat reput dijumpai dalam tandas terbiar

    JERTIH, 3 MAC – Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mereput ditemukan di tandas terbiar dekat Pantai Bukit Keluang, Terengganu kelmarin.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Md Sani Md Saleh berkata polis menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung penemuan mayat dalam tandas terbengkalai dan terpencil itu pada jam 4.21 petang.

    “Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia lebih tujuh hari berdasarkan keadaan mayat sudah mereput dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah di lokasi penemuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Md Sani berkata temu bual dengan saksi awam mendapati lelaki itu orang kurang upaya (OKU) mental, yang sering berada di situ hampir setiap hari, namun tidak kelihatan sejak lebih seminggu lepas. 

    “Seorang lagi saksi dipercayai abang kepada lelaki itu berkata adiknya tidak pulang ke rumah untuk tempoh sama, bagaimanapun tiada laporan polis dibuat,” katanya.

    Beliau berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini, untuk pengecaman oleh keluarga dan bedah siasat dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama 

    Mayat reput ditemukan dalam tandas terbiar. – Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda