Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat reput pelakon Humaira ditemui dalam rumah

    Pelakon dan model asal Pakistan, Humaira Asghar Ali ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah unit pangsapuri di Karachi dipercayai sejak Oktober 2024.

    Memetik laporan Dawn, polis menemukan mayat Humaira ketika mengunjungi kediaman aktres berkenaan untuk melaksanakan perintah pengusiran oleh mahkamah selepas gagal membayar sewa sejak tahun lalu.

    Difahamkan, pegawai polis yang bertugas terpaksa memecah pintu pangsapuri selepas tidak menerima maklum balas.

    Bagaimanapun mayat Humaira ditemukan terbaring di dalam rumah berkenaan.

    Menurut Ketua Polis Karachi Selatan iaitu Syed Asad Raza, siasatan awal mendapati pintu utama dan pintu ke balkoni kediaman tersebut dikunci dari dalam dan tiada sebarang kesan pencerobohan berlaku, sekali gus menolak berlakunya unsur jenayah.

    Humaira dilaporkan tinggal seorang diri dan menurut perkongsian jiran-jiran di kawasan perumahan itu, sudah beberapa minggu mereka tidak melihat aktres berkenaan, malah mengesan bau busuk dari kediaman tersebut.

    Polis kini sedang menjejak waris pelakon berkenaan melalui rekod panggilan telefon.

    Sementara itu, mayat Humaira dihantar ke Pusat Perubatan Pascasiswazah Jinnah (JPMC) untuk bedah siasat namun keadaan mayat yang telah reput sepenuhnya menyebabkan punca kematian belum dapat dikenal pasti. – Agensi

    Humaira dipercayai meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda