Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Mayat sembilan pekerja Pakistan dihantar pulang ke negara asal

    QUETTA, 1 FEB – Mayat sembilan pekerja buruh Pakistan yang dibunuh oleh lelaki bersenjata di Iran minggu lalu telah dihantar pulang ke negara asal mereka hari ini.

    Masih tidak jelas siapa yang terlibat dalam serangan pada Sabtu lalu itu di sebuah rumah di wilayah Sistan dan Baluchestan Iran. Tiga warga Pakistan yang cedera dalam serangan itu masih dirawat di hospital Iran.

    Tehran menyerahkan mayat lelaki yang terbunuh di persimpangan sempadan Taftan, kata pentadbir kerajaan tempatan, Waqar Kakar. Beliau berkata mayat tersebut dihantar ke bandar Multan dan dari sana akan dihantar ke kampung halaman mereka.

    Pembunuhan itu berlaku ketika ketegangan berlaku antara Pakistan dan Iran selepas Pakistan melancarkan serangan balas ke atas Iran yang dikatakan menyasarkan tempat persembunyian militan dan membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang. Serangan Iran terhadap dakwaan persembunyian militan di Pakistan membunuh dua kanak-kanak di wilayah Baluchistan barat daya.

    Selepas serangan timbal balik itu, kedua-dua pihak bersetuju pada Isnin lalu untuk meningkatkan kerjasama keselamatan mereka.

    Serangan itu kelihatan menyasarkan dua kumpulan militan Baluch dengan matlamat pemisahan yang serupa. Kedua-dua negara telah menuduh satu sama lain memberikan perlindungan kepada kumpulan tersebut di wilayah masing-masing. – AP

    Menteri Luar Negeri Iran, Hossein Amirabdollahian (depan kanan) berjalan dengan rakan sejawatannya dari Pakistan, Jalil Abbas Jilani, semasa ketibaannya untuk mesyuarat di Kementerian Luar Negeri di Islamabad, Pakistan, pada 29 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...