HANOI, 27 JULAI – Pihak berkuasa Vietnam hari ini mengesahkan bahawa kesemua 39 mayat mangsa nahas bot pelancong yang terbalik di wilayah utara Quang Ninh berjaya ditemukan, menurut agensi berita Vietnam (VNA), lapor Xinhua.
Insiden berlaku pada petang 19 Julai apabila bot yang membawa 46 penumpang dan tiga anak kapal terbalik akibat ribut petir.
Sepanjang operasi mencari dan menyelamat selama seminggu, 28 pasukan penyelamat digerakkan dengan 10 mangsa berjaya diselamatkan manakala 39 mayat mangsa ditemukan, menurut laporan VNA.
Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian, selain memberikan sokongan kepada keluarga mangsa yang terlibat, menurut laporan. – Bernama
