Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat Tangmo Nida ditemui selepas 38 jam

    Selepas dua hari, mayat pelakon cantik Thailand, Tangmo Nida (gambar), 38, akhirnya dijumpai oleh penyelamat tempatan pada Sabtu lalu.

    Mayat Nida ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira satu kilometer dari lokasinya terjatuh. Abang Nida, Dayos Detjob, 44, merupakan individu pertama yang mengesan jasad mangsa berdasarkan pakaian yang dipakai adiknya sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian.

    “Saya datang untuk membawanya pulang ke rumah,” katanya memetik laporan Bangkok Post.

    Aktres yang pernah membintangi filem The Flying Leaf itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai pada 11 malam Khamis lalu ketika menaiki perahu di Sungai Chao Phraya bersama-sama enam rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda