Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat wanita dipercayai warga S’pura ditemui

    MERSING, 14 OGOS – Mayat wanita dipercayai salah seorang daripada dua warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika berkayak di perairan Endau, di sini, Khamis lepas, ditemui di perairan Kemaman, Terengganu, tengah hari tadi.

    Pengarah Maritim Malaysia Zon Mersing Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata mayat lengkap berpakaian dan memakai jaket keselamatan itu ditemui terapung kira-kira 12:50 tengah hari di kedudukan lima batu nautika timur Kuala Kemaman, oleh nelayan tempatan.

    “Mayat kemudian disahkan tiba di Maritim Malaysia Zon Kemaman pada 4:30 petang dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pengecaman keluarga serta bedah siasat,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat yang diwujudkan di Jeti Penyabong, Endau, di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda