SYDNEY, 4 DIS – Mayat seorang wanita yang hilang lebih dua minggu di pedalaman Australia, ditemui hari ini setelah dua orang rakannya diselamatkan.
Ketiga-tiga rakan tersebut telah bercadang untuk menerokai kawasan pedalaman negara tersebut berdekatan dengan Alice Spring pada 19 November yang lalu. Malangnya kenderaan mereka telah terbabas ke dasar sungai.
Setelah tiga hari menunggu bantuan, dua daripada mereka telah bercadang untuk berjalan dan berharap untuk mendapatkan bantuan kerana khuatir kehabisan bekalan yang ada.
Salah seorang daripada dua yang ditemui hidup, Tamra McBeath-Riley, 52, ditemui lebih kurang dua kilometer dari kenderaan dan mengalami dehidrasi teruk. – AFP