Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Mayweather, Asakura bakal bersemuka

    TOKYO, 14 JUN – Petinju terkenal, Floyd Mayweather akan bertarung dengan petinju seni bela diri campuran dari Jepun, Mikuru Asakura dalam pertarungan persahabatan September nanti di Jepun, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur hari ini.

    Bekas juara dunia dalam kategori welterweight, petinju yang disenaraikan pada Hall of Fame Tinju Antarabangsa pada Ahad lalu selepas bersara dengan rekod tanpa kalah 50-0, menewaskan Don Moore dalam perlawanan persahabatan di Abu Dhabi pada bulan lalu.

    Tarikh, tempat dan peraturan pertarungan menentang petinju featherweight berusia 29 tahun, Asakura akan diumumkan bulan ini.

    Pertarungan itu akan menjadi perlawanan persahabatan keempat buat Mayweather dan kali kedua turut bertanding di Jepun, selepas menewaskan kickboxer, Tenshin Nasukawa menerusi TKO hanya mengambil masa dua minit pada Disember 2018, dalam pertarungan yang dikritik ramai.

    Mayweather menggelar dirinya sebagai ‘perintis persahabatan’ dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk penyokong apabila dia kembali pada September ini.

    “Kami akan melayannya dengan baik, membiarkan dia bertahan selama tiga pusingan dan memberikannya peluang untuk membuat pukulan,” kata Mayweather mengenai pesaingnya.

    “Saya mungkin tidak akan membiarkan dia berjaya membuat pukulan, semuanya terpulang kepada saya, semuanya atas apa yang saya mahu lakukan,” kata petinju Amerika Syarikat itu lagi, menggambarkan dirinya sebagai ‘puppet-master’.

    Mayweather bersara dari tinju profesional pada 2017 selepas menewaskan bintang UFC, Conor McGregor. – AFP

    Floyd Mayweather (kiri) dan Mikuru Asakura (kanan) semasa menghadiri sidang akhbar bagi mengumumkan perlawanan persahabatan mereka nanti di Jepun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...