Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mazda CX-3 milik Moezadin

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Tuah menyebelahi Awang Mohd Moezadin Shah bin Morad apabila memenangi sebuah kereta Mazda CX-3 dalam cabutan akhir Promosi ‘Mazda 365 Hari’.

    Dalam cabutan yang berlangsung di Bilik Pameran Beribi, hari ini, Dayang Izma Faten Farena binti Abdul Zani memenangi wang tunai $15,000 selaku pemenang kedua dan tempat ketiga dimenangi Dayang Mariani binti Haji Labok yang membawa pulang wang tunai $10,000.

    Manakala itu, 85 orang pemenang akhir lainnya membawa balik pelbagai jenis hadiah istimewa seperti iPhone 7 Plus, MacBook Pro dan wang tunai $300.

    Awang Mohd Moezadin Shah, 25, ketika ditemu bual telah melahirkan perasaan tidak menyangka akan menjadi salah seorang dari tiga peserta yang bakal memenangi sebuah kereta. Menurutnya, ini merupakan kali pertama beliau memenangi hadiah besar dan akan menggunakan kereta yang dimenangi itu untuk bekerja.

    TYT Motohiko Kato dan pihak pengurusan bergambar ramai bersama Awang Mohd Moezadin Shah yang memenangi sebuah kereta baru Mazda CX-3 dalam cabutan akhir Promosi ‘Mazda 365 Hari’.
    Antara pelanggan Mazda yang hadir bagi cabutan akhir promosi tersebut.

    Beliau juga memiliki sebuah kereta Mazda 5 baru, yang dibelinya kerana rekaan dan teknologi yang kereta tersebut miliki sambil mencuba nasib dalam Promosi ‘Mazda 365 Hari’ tersebut.

    Hadir pada majlis penyampaian hadiah berkenaan ialah Duta Besar Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato berserta perwakilan Baiduri Finance Berhad iaitu Penolong Pengurus Pemasaran, Pong Bee Thing dan Pengurus Jualan, Haji Muhammad Ali bin Haji Metussin serta wakil-wakil BIBD At-Tamwil (B) Berhad iaitu Ketua Pemasaran, Awang Mohd Firdaus bin Haji Mokim dan Pengurus Perkhidmatan Jualan Luar, Awang Mohamad Asmali bin Razali.

    Promosi ‘Mazda 365 Hari’ telah berjalan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2017 dengan hampir 600 penyertaan yang telah membeli kereta Mazda. Daripada 600 penyertaan, 88 telah dijemput untuk cabutan akhir berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda