Mazda CX-30 lebih elegan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Grand Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Mazda di Brunei Darussalam akan memperkenalkan model teras baharu dalam barisan Mazda pada 7 Disember ini, bertempat di Bilik Pameran Mazda, di Beribi.

Ia adalah model kedua dalam barisan generasi baharu, iaitu kompak ‘crossover’ SUV Mazda CX-30.

Pelancaran akan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan uji pandu juga diadakan pada 8 Disember dari 9 pagi hingga 3 petang.

CX-30 adalah kompak ‘crossover’ yang menggabungkan bahagian SUV dengan gaya elegan yang merangkumi bahasa rekaan Kodo Mazda.

Model tersebut dicipta dengan harapan akan memperkaya kehidupan pelanggan dengan membantu mereka dan orang tersayang membuat penemuan baharu dan mempertingkat kehidupan seharian mereka.

Ciri-ciri prestasi asas seperti pemecutan, kemudi dan brek telah diper-tingkatkan secara dramatik.

Skyactiv-Vehicle Architecture (SKA) Mazda membolehkan orang ramai memanfaatkan rasa keseimbangan semula jadi dengan enjin Skyactiv terkini, membolehkan kawalan responsif terhadap kelajuan kenderaan dalam situasi memandu.

Mazda CX-30 yang kini berada di pasaran Brunei.